INI KISAH SAYA DI MURNI.

6.12.2012.
Khamis.
Saya tak sihat.
Jadi?
Saya akan merapu, dengan bahasa merapu, supaya ia jadi merapu.
Saya tak sihat.
Jadi?
Saya buat banyak benda yang saya tak sepatutnya buat tapi saya masih terbuat.

4 kejadian, lain tempat, lain masa, sama hari, sama kesilapan.
Ya, itulah dia tarikhnya.
Sebab saya tak sihatlah, maka inilah dia perkara-perkara yang telah berlaku kepada saya.
Apakah yang berlaku?

Kejadian 1.
07:30 AM.
M2-04-XX.
Subhanallah, tandas Murni yang mahal semahal-mahalnya ini rosak.
Dijadikan cerita, saya nak masuk tandas. Sekejap, hanya nak buang air kecil, bukan yang besar.
Saya pun ligat berfikir, macam manakah saya boleh membuang air yang ingin terkeluar dari urinary bladder yang kecil ini?
*Apa susah? Masuk je la tandas yang rosak tu. Nanti basuh dengan air banyak-banyak.*
Sekejap, ini bukan masalah flush rosak atau apa-apa. Ini ialah masalah yang besar.
Pintu bilik air terkunci sendirinya *Misteri nusantarakah ini?*
Tidak.
Tombolnya sudah rosak. Maka, saya tak dapat masuk tandas itu.
Ceritanya, saya mendapat satu idea bernas-tumpang la rumah kawan, apa susah?
Oleh sebab itu, saya ligat menaip mesej dan menghantar mesej kepada semua (3 sahaja sebenarnya) rakan-rakan saya yang lain : "NAK TUMPANG TANDAS, BOLEH?" tanpa segan-silu.
Ting, toing, ting (bunyi mesej) : "DATANG LA, PINTU RUMAH DAH BUKAK".
Rushing punya pasal, air dah di tahap kemuncak, saya berlari-lari tanpa menanyakan nombor biliknya *confident je tau no bilik kawan tu*.
Knock, knock!!
Tiba-tiba muncul seorang amoi dengan spectaclesnya.
(Pelik dan ragu-ragu, tapi buat-buat yakin yang diri tak tersalah rumah)
"Afiqah ada?"
"Hah? Apiqa? Siapa Apiqa?"
(Tepuk dahi, adoi!)
"Oh, oh, salah rumah, SORRRRRY."
Piuuuung~saya pun lari pecut sambil menghantar mesej kepada kawan itu: "Haiyya, Aida dah salah rumah. Kat mana eh rumah Fiqa?"
Ting, toing, ting (bunyi mesej lagi): "M2-05-XX la Aida. Pintu dah terbuka dari tadi lagi, haha."
Maka saya pun menekan punat lif itu dengan cepatnya supaya saya boleh masuk tandas itu dengan cepatnya.
Phew, lega~

p/s: Kakak serumah saya, Allah je yang tau betapa dia sangat annoying, dan sorry to say this, teruk! She tried opening the toilet's door using a fork while I was away. *God knows whose fork that is, luckily it's not mine.* The thing is that, she broke the fork, into pieces. I mean, the sharp teeth of the fork were scattered on the floor, and know what she did? She left all those sharp pieces on the floor, right in the middle of the way to the toilet. IT'S ALREADY MIDNIGHT SIS. IT'S DARK OVER THERE IF WE DON'T SWITCH ON THE LIGHT. Are you trying to harm us or what? Know that, if anyone gets injured just because of your action, you'll be sued, as simple as that. Even if you're raged over the issue, that's still not the right way to vent your anger. At least, be responsible to others. At least, throw the thing away so that it won't harm others.

Kejadian 2.
08:00 AM - 4:30 AM.
Accommodation Office.
Saya pergi ke Accommodation Office Murni Residence untuk melapor kerosakan pintu tandas itu.
Tunggu punya tunggu, jam dah pukul 8.05, pintu pejabat tak bukak juga.
Akhirnya saya menyerah kalah dan berhasrat untuk datang dalam masa beberapa jam seterusnya.
Sakit kepala. Demam makin menjadi-jadi.
Suara dah serak semacam macam saya dah habis nyanyi 100 lagu hari sebelumnya. Tak pelik, selesema.
Saya pun tidur dan tidur, sehingga jam berdering 100 kali, barulah saya tersedar. *Tidur macam qadha tidur 100 hari, lama sangat-sangat*
Saya pun melihat melalui tingkap. Aik?
Ini pelik.
Accommodation office tu masih tak dibuka. Ini hari Khamis. Tak mungkin tutup. Tapi besi tu masih terpacak di depan pintu. Pelik.
Maka saya pergi untuk buat online booking for accommodation for upcoming special semester.
Masya-Allah, masalah besar!
Hutang academic belum selesai *Ingat senang ke nak dapat duit nak bayar kat UNITEN ni? Bapak mahal*
Dipendekkan cerita, saya pulang dengan kepala yang sakit dan hati yang sakit sebab tak dapat book penginapan online. Jadi saya membuat plan baharu, "Oh takpe Aida, aku boleh minta manually. Nanti aku still boleh isi borang dengan buat muka kesian kat diorang. Insya-Allah boleh.".
Masalahnya, accommodation office still tak buka. Dah pukul 3 ni. Pelik.
Jadi saya pulang ke rumah dengan hati yang bimbang dan minda yang bercelaru. Dah la tandas tak baiki lagi. Hmmmm.
Oh, flashback sikit. Pukul 2.45 pm, saya telah buat satu call kepada fellow M2. "Assalamualaikum puan, blablablabla. Saya pelik la puan, kenapa accommodation office tutup je sepanjang hari ni.?" Pukul 12++ pm, saya telah menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap masalah accommodation office yang tak dibuka-buka ini kepada kawan baik saya, Alia. "Aida pun tak tau. Office tak bukak-bukak pun. Jenuh Aida tunggu." Alia cakap, "Pelik, Alia pergi selalu bukak je."
Eh?
Pukul 4.30 pm, knock, knock~
"Ada orang tak? Saya datang nak baiki tandas ni. Tapi yang baikinya lelaki, pakai tudung eh dik."
Oh, alhamdulillah. Masuklah, saya tak kisah pun. Maka saya pun mengambil kesempatan untuk bertanya masalah penutupan office sepanjang hari ini.
"Eh office bukak je dik. Adik tengok office mana ni?"
(Kakak itu pun masuk ke dalam bilik saya yang agak bersepah ketika itu)*SubhanAllah, malunya!*
Saya pun dengan yakinnya menunjuk ke arah office yang saya maksudkan.
"Ya Allah dik, yang tu sampai bila tak bukak. Officenya kat dalam. Tu kat pasu bunga tu, belok kanan."
SubhanAllah!
*Pecut 100m per hour, cepat~*
Saya pun berlari dengan pantas ke pejabat itu untuk mengisi borang permohonan penginapan itu secara manual.
Alhamdulillah, settle.

p/s: Terima kasih kakak yang beritahu saya tersalah tempat dan abang yang membaiki tandas.

Kejadian 3.
07:30 PM.
Di depan Blok Murni 2.
"Alia tunggu dalam keta, aida belok kiri lepas keluar lif."
Sakit kepala punya pasal, saya tersalah tafsir sikit.
Keluar, pusing kiri.
Yang saya buat, keluar, pusing kanan.
Kanan dan kiri pun dah tak betul *It's a typical mistake done by girls, ladies, and women. They can't differentiate right and left as fast as guys can do. Well, it's proven scientifically.*
Nak dijadikan cerita, ada satu kereta yang sebijik macam kereta Alia di hujung, sebelah kanan.
Dengan yakinnya, saya menghampiri kereta itu dan membuka pintunya.
Terkunci.
Pelik.
(Sekejap, betul ke mata aku tengok ni? Kenapa Alia macam tak pakai tudung je malam ni? Kawan aku ni dah tak pakai tudung ke apa sekarang?)
Ssssssrreettttt (bunyi tingkap diturunkan)
Allahuakbar!
HEEEE (senyum malu)
"Sorry kak, saya tersalah kereta."
Saya pun berlari ke arah kereta yang betul dengan secepatnya. *Janganlah jumpa saya lagi kak pada masa hadapan, sumpah malu!)

p/s: Lain kali pakai la spectacles kalau dah tau mata tu rabun. Nombor plat kereta tu pun dah lain. LOL.

Kejadian 4.
08:05 PM.
UPTEN.
"Auntie ada jual mouse tak? Tikus saya tak nak, saya nak tetikus. Pastu, saya nak print eh auntie."
"Boleh Aida. Ni dia mouse tu."
Cuba punya cuba, print semua yang perlu, baiklah, siap. Aunty pun dah masukkan semua barang dalam plastik besar tu *Yeay, boleh jadi plastik sampah ni*
"Okay aunty. Thank you, nanti datang lagi."
Sakit kepala punya pasal, saya berjalan dengan yakinnya ke arah pintu.
"EH AIDA!"
(Pusing badan 90 darjah ke arah kaunter bayaran)
Astaghfirullah!
Lupa nak bayar. *Apa kau ingat benda-benda tu percuma ke?*

p/s: Malu lagi. Sorry Aunty, tak sengaja. Saya tak betul sikit pemikirannya hari ni. *sighing*

ULASAN SAYA HARI INI:

Haiyya, Aida, Aida.
Tengok, sakit sikit, pemikiran banyak tak betul. Itulah sebabnya kesihatan tu nikmat Allah yang sangat besar.
Jagalah lima perkara sebelum lima perkara. Apakah dia lima perkara itu? Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Dan yang terakhir, hidup sebelum mati.

Sakit itu dijadikan oleh Allah untuk menguji kesabaran hambaNya dalam menempuh dugaan yang diberikan olehNya. Sakit itu dijadikan oleh Allah untuk memberi ganjaran yang besar secara percuma kepada manusia, dengan syarat kita menerima dugaan itu dengan hati yang redha, bukan hati yang kecewa dengan ketentuanNya. Sakit itu juga dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mengingatinya, yakni sebagai satu peringatan akan hakikat kita ini insan yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah untuk menjadikan diri kita ini lebih kuat.

Manusia itu hakikatnya pelupa. Kita digelar al-insan yang diambil daripada perkataan dasar an-nisyan yang bermaksud pelupa. Ketika sihat, kita cenderung untuk melupakan Sang Pencipta yang Maha Kuasa yang menjadikan kita sihat. Ketika sakit, kita cenderung untuk mengingati dan mendekati Sang Pencipta tersebut bagi memohon agar kita kembali sihat. SubhanAllah, betapa teruknya diri kita ini. Betapa kecilnya nilai kesedaran kita, betapa kecilnya nilai keikhlasan kita dalam mendekati Allah SWT yang Maha Agung itu. Analoginya adalah seperti kita mendekati dan berbuat baik kepada seseorang hanya untuk sesuatu kepentingan peribadi. Habis madu, sepah dibuang. Masya-Allah, jauhkanlah sifat buruk ni.

Sakit itu seharusnya membuka pintu hati kita, pintu kesedaran kita untuk lebih mendekatiNya. Namun sayang seribu kali sayang, apakah realiti dunia pada hari ini? Sakit, tapi siapakah yang dicari? Sakit, tapi ke manakah tempat mengadu kesakitan itu? Sakit, tapi di manakah tempat kita berbicara mencari secebis kekuatan untuk mengisi kelemahan diri ketika itu?

ALLAH SWT atau TWITTER atau FACEBOOK?

"I hate you flu, go away."
"Oh, tak suka demam."
"Ha-choom, cepat la hilang sakit ni."
"Ubat, ubat. Bila nak stop makan engkau?"

Tepuk dada, tanya iman. Kalau perhatian yang dicari melalui sakit yang diberi, kalau perhatian yang diperolehi mampu mengubati sakit yang diberi, teruskanlah. Hebahkan kepada semua kenalan, agar ia mampu menyembuhkan penyakit itu.

Namun ingatlah, sebaik-baik tempat kembali ialah Allah SWT. Daripada tangan kita ligat menaip untuk  menghebahkan kesakitan diri, lebih baik tangan itu ligat menadah untuk memanjatkan doa kepada Allah Yang Maha Kuasa, kerana Dia sebaik-baik Penyembuh segala penyakit. Simpati manusia "Oh, kesiannya dia sakit" tidak mampu menghilangkan kesakitan diri, tetapi kasih sayang Allah untuk memperkenankan doa kita agar cepat sembuh, itu adalah penawar yang sebenar-benarnya kita dambakan.


QUOTE OF THE DAY:

"Sakit pun okay! Hidup tak semestinya 1+1=2"

"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu, hanyalah dengan berfirman, "Jadilah!", maka terjadilah ia."                                         (Surah Yasin, ayat 82)

TA-DA~
Inilah dia Murni Residence, tempat penginapan saya semester ini. Seorang sebilik dalam 1 rumah.

Murni pada waktu pagi.

Murni ketika fogging.

Ini Murni Kiosk. Tempat saya kerja part time dan dapat duit =)

Ini overall view dari koridor tingkat 8.

Tempat parkir Murni.

The best view from the window of my room.

Night scenery.

Ini bukan Murni, ini COE, tapi saya sangat-sangat suka pemandangan ni. =)




p/s :
Indahnya dunia bukan kerana keindahannya, tetapi kerana keindahan Sang Penciptanya. 
InnAllaha jamilun yuhibbu al-jamali. 
"Sesungguhnya Allah itu cantik, dan Dia sukakan kecantikan." 
Lihatlah alam ciptaanNya yang indah dan jadikanlah ia satu wadah bagi kita untuk mengingati keindahanNya yang tersendiri. 























Comments