Abah dan Kuku dan Jam.
18.04.2014.
JUMAAT
Macam biasalah, potong kuku sebab dah panjang. Sebab rushing nak keluar jalan-jalan (perempuan, tau-taulah), jadi saya berlari-lari anak mencari keberadaan pengetip kuku.
"Abah, pengetip kuku yang mana paling tajam? Nak potong kuku."
Tu soalan yang wajib ditanya, sebab satu rumah yang kecik ni ada lebih dari sepuluh pengetip kuku. Pengetip lagi banyak dari kuku yang nak dipotong, heh. So dalam banyak-banyak pengetip kuku yang dicari tu, abah pun cakap la, "Cari yang tiga bintang Da."
*kelam-kabut mencari yang tiga bintang*
"Oh okay. Dah jumpa."
......
"Eh? Tapi jap, yang mana satu abah? Besar kecik tua muda semua ada tiga bintang. Banyak bintang dah ni abah, lebih dari tiga."
Hehe, nasib engkau la labu. Dah la rushing, tengok-tengok kena test satu-satu pulak. Bila masa pengetip kuku ni berternak pun den tak tau :')
24.04.2014.
KHAMIS
"Bangun, bangun. Dah lewat dah ni nak sahur. Nanti terlepas nak makan Da. Bangun."
*menguap, mata bukak sebelah, jalan cari makanan*
Oh ya, Khamis. Jadi kami sekeluarga (tiga orang je pun) ambil peluang nak puasa sunat hari ni. Sunatnya sahur diperlewatkan, jadi kami biasanya bersahur lambat sikit la. Kalau Subuh pukul 5.45 pagi, makanya kami bangun dalam pukul 5 lebih sikit la. Jadi cerita hari ni, makan punya makan, basuh punya basuh, mandi punya mandi, kami pun ready la nak tunggu azan Subuh.
*menunggu dengan tenang*
"Da, oh Da~ Pukul berapa jam kat bawah?"
Tengok jam sana-sini . Oh, well rumah ni terlebih banyak jam. Kat bawah saja ada dalam 4 or 5 buah jam. Entah sape la nak baca jam banyak sangat heh.
"45 bah~" (mengantuk punya jawapan)
*3.45?", tanya abah lagi.
*bukak mata luas-luas*
Hurk! Biar betul. *gosok-gosok mata* Tepuk dahi!
"Abah, hahaha. Abah tengok jam pukul berapa tadi? Punya la cakap lewat nak sahur. 3.45 ni boleh buat sahur second round dah abah."
Abah pun berlari-lari bapak turun ke bawah. Kononnya tak percaya jam tingkat atas la. "Hehehehe, abah tersalah tengok jam. Sorry. No wonder la abah tunggu azan semua surau masjid takde yang nak azan hehe." Memang hehe la, jadinya kami pun sambung tidur balik lepas makan (buncit la perut alamatnya) :')
p/s:
"Tua dah nampak Abah dalam gambar ni Da.". That's what he said, hehe. Walau setua manapun Abah, takkan ada yang mampu menandingi your handsomeness and your kindness and your love. Love you to eternity Daddy.
22, tapi tak pandai potong kuku sendiri. Mesti bleed punya heh -.-'
22, tapi tak pandai potong kuku sendiri. Mesti bleed punya heh -.-'
Comments
Post a Comment