Abah dan Kuku dan Jam.
18.04.2014. JUMAAT Macam biasalah, potong kuku sebab dah panjang. Sebab rushing nak keluar jalan-jalan (perempuan, tau-taulah), jadi saya berlari-lari anak mencari keberadaan pengetip kuku. "Abah, pengetip kuku yang mana paling tajam? Nak potong kuku." Tu soalan yang wajib ditanya, sebab satu rumah yang kecik ni ada lebih dari sepuluh pengetip kuku. Pengetip lagi banyak dari kuku yang nak dipotong, heh. So dalam banyak-banyak pengetip kuku yang dicari tu, abah pun cakap la, "Cari yang tiga bintang Da." *kelam-kabut mencari yang tiga bintang* "Oh okay. Dah jumpa." ...... "Eh? Tapi jap, yang mana satu abah? Besar kecik tua muda semua ada tiga bintang. Banyak bintang dah ni abah, lebih dari tiga." Hehe, nasib engkau la labu. Dah la rushing , tengok-tengok kena test satu-satu pulak. Bila masa pengetip kuku ni berternak pun den tak tau :') 24.04.2014. KHAMIS "Bangun, bangun. Dah lewat dah ...