GRAB THE CHANCE MY DEAR!
APAKAH ITU HARI ASYURA?
Asyura diambil daripada perkataan Arab ('asyara) yang bermaksud sepuluh. Hari Asyura merujuk kepada hari kesepuluh dalam bulan Muharram ini. Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari tersebut, di samping sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari selepasnya (11 Muharram). Ini kerana terdapat banyak peristiwa besar dan penting yang telah terjadi pada hari tersebut (sila lihat maklumat di bawah). Tahun 2012, bagi sesiapa yang tidak mengetahui, Hari Asyura (10 Muharram) ini jatuh pada 24 November 2012, hari Sabtu, yang bermaksud esok la. Sebaiknya-baiknya kita turut sama berpuasa pada 9 Muharram (23 November 2012, yakni hari ini la) bagi membezakan amalan kita ini, umat Islam dengan amalan mereka itu, kaum Yahudi. Selain itu, kita juga digalakkan berpuasa pada 11 Muharram (25 November 2012, yakni lusa la) sebagai langkah berjaga-jaga seandainya esok bukan benar-benar 10 Muharram. Jadi, kita tidak terlepas peluang itu untuk berpuasa pada 10 Muharram.
APAKAH PERISTIWA PENTING PADA HARI AYURA?
Banyak peristiwa bersejarah yang pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat
3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari kekejamanNamrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampuninya pada 10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah mengganti Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan siapa yang tidak suka boleh meninggalkannya.”
*Credit goes to the rightful owner of the blog at http://yogasecang.wordpress.com/2010/12/12/ada-apa-dengan-10-muharam/ .Date of access : 23rd of November 2012.
APAKAH AMALAN SUNAT KETIKA HARI ASYURA?
1)Melapangkan masa / belanja ahli keluarga
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2)Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkan kubur nanti.
3)Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat kelak Allah akan menempatkan di kalangan golongan yang redha.
4)Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5)Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6)Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidup yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.
7)Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
8)Bercelak
Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
9)Membaca QulhuwAllah hingga akhir 1000x
Fadhilat - Allah akan memandang dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
10)Sembahyang sunat 4 rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11x.
11)Membaca 'Hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiir'
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini,insyaALLAH.
12)Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13)Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat - Diberi pahala 10,000 malaikat,10,000 orang berhaji/berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid.
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2)Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkan kubur nanti.
3)Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat kelak Allah akan menempatkan di kalangan golongan yang redha.
4)Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5)Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6)Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidup yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.
7)Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
8)Bercelak
Fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
9)Membaca QulhuwAllah hingga akhir 1000x
Fadhilat - Allah akan memandang dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
10)Sembahyang sunat 4 rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11x.
11)Membaca 'Hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiir'
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini,insyaALLAH.
12)Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13)Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat - Diberi pahala 10,000 malaikat,10,000 orang berhaji/berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid.
*Credit goes to the rightful owner of the blog
at http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/12/ada-apa-dengan-hari-asyura.html.
Date of access : 23rd of November 2012
APAKAH KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA PADA HARI ASYURA?
|
BAGAIMANAKAH MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ASYURA?
1. Niatnya
.
2. Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
.
3. Selepas salam membaca 70 kali;
.
4. Membaca doa Asyura
Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:
.
Fadhilat Doa Asyura:
Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
*Credit goes to the rightful owner of the blog at http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-hari-asyura/. Date of access : 23rd of November 2012.
Ayuh berpuasa, dan ayuh tingkatkan amalan spiritual kita untuk memantapkan lagi iman yang mungkin goyah, ataupun mungkin sudah mantap, dan boleh dimantapkan lagi. Ambillah peluang ini sempena kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam, sempena bulan baru Muharram yang baru mengambil tempat untuk kita jadikan sebagai permulaan baru ke arah pembinaan diri kita yang jauh lebih baik.
Hijrah itu merupakan satu perjalanan membaiki diri ke arah yang lebih mantap, dari semua segi, bukan sahaja dari aspek kerohanian, bahkan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan kita. Tanamkan azam; "Aku ingin menjadi seorang Muslim ataupun Muslimah yang beruntung, yakni diriku yang baru jauh lebih baik daripada diriku yang terdahulu."
Azam baru? Sama-samalah kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang Maha Agung, Allah SWT. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dalam semua dimensi, tidak kira dalam aspek akademik, aspek kerohanian, aspek fizikal, aspek kekentalan mental dan apa-apa jua aspek yang boleh dikaitkan dengan diri kita sendiri.
Carilah peluang untuk membina hubungan yang lebih baik dengan Allah SWT (hablu minAllah), dan hubungan yang baik sesama manusia (hablu minannas) serta hubungan yang yang baik dengan alam sekitar, kerana ia turut sama tergolong dalam makhluk yang dicptakan oleh Allah SWT. Carilah peluang untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang lebih baik, yakni dengan mengamalkan sunnahnya dan mengingatinya selagi mana kita mampu melakukannya. Carilah peluang untuk jadi pelajar yang lebih baik, yakni keputusannya lagi mantap berbanding sebelumnya, dan pegangan ilmunya jauh lebih kukuh berbanding sebelumnya. Carilah peluang untuk menjadi anak yang lebih baik, yakni dengan melayani kedua-dua ibu bapa kita dengan lebih ramah dan santun berbanding sebelumnya. Carilah peluang untuk menjadi kawan yang lebih baik, yakni berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakannya (seandainya tidak bercanggah dengan syariat Islam) dengan lebih elok berbanding sebelumnya. Pendek kata, carilah peluang untuk menjadi orang yang beruntung, yakni hari mendatangnya jauh lebih baik daripada hari sebelumnya.
QUOTE OF THE DAY:
"THE GOAL IS NOT TO BE BETTER THAN OTHER MAN, BUT IT'S TO BE BETTER THAN YOUR PREVIOUS SELF"
"DON'T GO AFTER THE SUCCESS. BE A GOOD PERSON, AND THE SUCCESS WILL GO AFTER YOU"
Toodles guys, sehingga berjumpa lagi dalam post seterusnya~ |
Comments
Post a Comment