GRAB THE CHANCE MY DEAR!
APAKAH ITU HARI ASYURA? Asyura diambil daripada perkataan Arab ('asyara) yang bermaksud sepuluh. Hari Asyura merujuk kepada hari kesepuluh dalam bulan Muharram ini. Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari tersebut, di samping sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari selepasnya (11 Muharram). Ini kerana terdapat banyak peristiwa besar dan penting yang telah terjadi pada hari tersebut (sila lihat maklumat di bawah). Tahun 2012, bagi sesiapa yang tidak mengetahui, Hari Asyura (10 Muharram) ini jatuh pada 24 November 2012, hari Sabtu, yang bermaksud esok la. Sebaiknya-baiknya kita turut sama berpuasa pada 9 Muharram (23 November 2012, yakni hari ini la) bagi membezakan amalan kita ini, umat Islam dengan amalan mereka itu, kaum Yahudi. Selain itu, kita juga digalakkan berpuasa pada 11 Muharram (25 November 2012, yakni lusa la) sebagai langkah berjaga-jaga seandainya esok bukan benar-benar 10 Muharram. Jadi, kita tidak terlepas peluang itu untuk berpuasa pada 10 Muharram. APAKA...